This store requires javascript to be enabled for some features to work correctly.
EARLY BIRDS 10% OFF
Mengimbau kembali keanggunan klasik yang pernah memikat hati ramai, Tinaa Kebaya Kota Bharu hadir sebagai reinterpretasi moden kepada koleksi bestseller Dewi Kebarung yang pernah mencipta fenomena pada tahun 2020. Mengekalkan rekaan kebaya labuh yang menjadi identiti Inhanna, Tinaa kini tampil dengan material como crepe berkualiti yang lebih lembut, tidak mudah renyuk dan jatuh terletak, menjadikannya pilihan ideal untuk wanita moden yang menghargai keselesaan serta gaya tradisional yang kekal abadi.Menampilkan potongan ‘fit and flare’ yang memberi ilusi langsing dan elegan, Tinaa Kebaya Kota Bharu direka dengan lapel dalam panjang bagi mengekalkan kesopanan serta menyerlahkan aura feminin pemakainya. Bahagian bawahnya labuh hingga paras lutut, dipadankan dengan kain kipas belakang yang menambah sentuhan klasik serta memudahkan pergerakan.Reka bentuknya fleksibel untuk digayakan dalam pelbagai gaya — samada klasik dengan aksesori tradisional atau kontemporari dengan padanan tudung moden. Tinaa Kebaya Kota Bharu bukan sekadar pakaian – ia adalah lambang keanggunan, kelembutan dan keyakinan wanita moden yang berjiwa tradisi.
EARLY BIRDS 15% OFF
Memperkenalkan Azalea Kurung Pahang 2.0, rekaan klasik yang diinspirasikan daripada koleksi bestseller Azalea dengan sentuhan baru menggunakan material cotton berkualiti tinggi. Lebih ringan, sejuk, dan selesa, Azalea 2.0 menjadi pilihan sempurna untuk wanita moden yang mengutamakan gaya tanpa mengabaikan keselesaan. Azalea Kurung Pahang 2.0 bukan sekadar busana – ia adalah simbol kelembutan, keyakinan dan keanggunan wanita yang menghargai busana tradisi dalam langkah moden kini ------------------------------------------------------------ Tawaran Early Bird: 15% OFF untuk pembelian Azalea Kurung Pahang 2.0 khas buat pelanggan setia kami. Jangan lepaskan peluang jimat sehingga RM40 kerana promosi ini adalah untuk masa terhad sahaja sekaligus menjadi antara yang terawal memiliki koleksi eksklusif ini.
RM179.00 MYR
Step into this season’s must-have shade — gorgeous, rare, and loved by all. Dark Teal Blue is here to elevate your wardrobe. Limited release, act fast!