Kirana
Koleksi Kirana – Mutiara Aidilfitri 2025 oleh INHANNA dan NUSA menampilkan pakaian tradisional dengan sentuhan moden untuk wanita, lelaki, dan kanak-kanak. Menggunakan material kapas bertekstur yang sejuk dan selesa, manakala setiap rekaan wanita dihiasi sulaman cengkerang eksklusif yang melambangkan keindahan mutiara. Menampilkan pelbagai desain dengan ciri-ciri praktikal berbeza-beza seperti poket sorok, kain susun belakang, dan tali serut, koleksi ini sesuai untuk perayaan, majlis formal, dan aktiviti harian seisi keluarga.